BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA TELAH MENERIMA LAWATAN DARIPADA KETUA PENGARAH MPC



Kunjung hormat yang julung kali diadakan, salah satu usaha MPC bagi aktiviti turun padang untuk melihat sendiri pelaksanaan terkini Amalan Persekitaran Berkualiti 5S di Jabatan Ketua Menteri Melaka.Sesi lawatan setengahari yang berlangsung pada 5 april 2013 bersamaan hari jumaat lepas telah dimulakan dengan lawatan mesra ke 3 Bahagian dan diakhiri dengan kunjung hormat oleh Ketua Pengarah MPC YBhg Dato Mohd Razali Hussain  kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Y.B Datuk Wira Omar bin Kaseh.

Seluruh warga Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Mengucapkan jutaan terima kasih dengan majlis kunjung hormat yang diketuai oleh Ketua Pengarah MPC YBhg Dato Mohd Razali Hussain. 







Bahagian Pengurusan Sumber Manusia : Kempen Bebas Habuk



Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah menganjurkan Kempen Bebas Habuk.







Semoga Kempen Habuk ini dapat memberi inspirasi kepada semua staff BPSM untuk mengekalkan status 
markah tertinggi dalam pensijilan 5S.



AYUH BERSAMA-SAMA PERANGI HABUK!