BPSM menerima Lawatan Penandarasan QETS dari Badan Kawal Selia Air Melaka

   

        Selamat datang kepada Badan Kawal Selia Air Melaka ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) Jabatan Ketua Menteri MelakaDiharap anda gembira dan berpuas hati dengan layanan kami. Semoga lawatan anda dapat memberi manfaat kepada jabatan anda. Segala kekurangan harap dimaafkan. Bersama-sama kita memperbaiki segala kekurangan yang ada.





Gambar-gambar sekitar Lawatan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kelantan































Gambar-gambar sekitar Lawatan Penandarasan daripada UTeM






BPSM menerima Lawatan Penandarasan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kelantan

          Selamat datang kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kelantan dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) Negeri Melaka. Di harap anda gembira dan berpuas hati di atas lawatan ini.Segala kekurangan harap dimaafkan. Bersama-sama kita memperbaiki segala kekurangan yang ada.


Terima Kasih.

" Kapal dagang dari seberang,
Sarat muatan kayu meranti,
Dari Kelantan saudara datang;
Orang Melaka sedia menanti." 



BPSM menerima Lawatan Penandarasan daripada Universiti Teknikal Malaysia Melaka

         Selamat datang kepada kesemua tetamu-tetamu daripada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Diharap anda berpuas hati dengan layanan kami. Semoga lawatan anda dapat memberi manfaat kepada jabatan anda.


Terima Kasih.


TAHNIAH PSM! Di atas pencapaian 97%, markah tertinggi dalam pensijilan semula 5S


Baru - baru ini pada 26 dan 27 Disember 2012 Jabatan Ketua Menteri Melaka telah diaudit semula bagi Persijilan 5S oleh pihak MPC.  Pengauditan semula dilakukan bagi memastikan piawaian bagi amalan 5S yang diterapkan di seluruh Jabatan Ketua Menteri Melaka sentiasa dipatuhi dan secara tidak langsung untuk  memupuk usaha-usaha penambahbaikan terhadap  amalan tersebut. Displin kakitangan JKMM juga dapat dibentuk dengan  mengutamakan kebersihan, kecekapan, kemesraan, ketepatan, penyeragaman dan keselamatan di samping meningkatkan kualiti dalam sistem penyampaian perkhidmatan.



Majlis Penutup Pengauditan Semula 5S telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Mohammad Salleh bin Mohamad dengan dihadiri oleh Saudara Roslan bin Mat Nong, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, JKMM sebagai urus setia. Turut hadir adalah dua (2) orang pegawai dari MPC iaitu Tuan Hj. Omar Othman  (Ketua Auditor) dan Saudara Abd. Malek Aripin   serta ketua-ketua bahagian dan agensi di JKMM. 



Secara keseluruhan, kesemua bahagian dan agensi menepati kriteria 5S akan tetapi tiada unsur-unsur inovasi dan penambahbaikan. Markah purata adalah sebanyak 83.1% manakala Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah mendapat markah tertinggi iaitu 97%. 


Ulasan dari pihak MPC menyebut bahawa BPSM mendapat markah yang tinggi kerana adanya penambahbaikan dan inovasi yang dicetuskan dalam menjalankan kerja seharian. Usaha ini bukan sahaja memudahkan urusan kerja malahan menambah nilai kepada kualiti penyampaian perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Antara inovasi dan penambahbaikan yang dilakukan di BPSM ialah sistem Ex-file iaitu memudahkan urusan pencarian fail, sistem E-XIT untuk pemantauan keluar dan masuk pegawai, Tin-bot Crusher iaitu alat pemampan tin sebagai usaha menyokong teknologi hijau, Smart ICT trolley (sITY) dan banyak lagi.  Oleh yang demikian, BPSM sewajarnya dijadikan benchmark oleh bahagian dan agensi lain ke arah meningkatkan mutu kerja dan pengamalan 5S.     




Persiapan Ke QE Kebangsaan




persiapan untuk persembahan pembukaan 
QE Kebangsaan 17/10/2012... 
bersungguh mereka.. 
Hasilnya...