BPSM Melaka mengalu-alukan kedatangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) cawangan Melaka pada 17 Mei 2013. Seramai 10 orang ahli daripada SSM akan terlibat dalam lawatan kali ini. sesi lawatan ini adalah untuk melihat sendiri persekitaran 5S yang dilaksanakan di sini. Semoga dengan lawatan ini akan memberi kebaikan dan manfaat kepada kita semua disamping dapat menambahkan lagi kefahaman dan idea-idea mengenai persekitaran 5S.
SELAMAT DATANG KEPADA ROMBONGAN LAWATAN DARIPADA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA TELAH MENERIMA LAWATAN DARIPADA KETUA PENGARAH MPC
Kunjung hormat yang julung kali diadakan, salah satu usaha MPC bagi aktiviti turun padang untuk melihat sendiri pelaksanaan terkini Amalan Persekitaran Berkualiti 5S di Jabatan Ketua Menteri Melaka.Sesi lawatan setengahari yang berlangsung pada 5 april 2013 bersamaan hari jumaat lepas telah dimulakan dengan lawatan mesra ke 3 Bahagian dan diakhiri dengan kunjung hormat oleh Ketua Pengarah MPC YBhg Dato Mohd Razali Hussain kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Y.B Datuk Wira Omar bin Kaseh.
Seluruh warga Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Mengucapkan jutaan terima kasih dengan majlis kunjung hormat yang diketuai oleh Ketua Pengarah MPC YBhg Dato Mohd Razali Hussain.
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia : Kempen Bebas Habuk
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah menganjurkan Kempen Bebas Habuk.
Semoga Kempen Habuk ini dapat memberi inspirasi kepada semua staff BPSM untuk mengekalkan status
markah tertinggi dalam pensijilan 5S.
AYUH BERSAMA-SAMA PERANGI HABUK!
Gambar-gambar sekitar Lawatan Penandarasan QETS dari Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Buku Teks
BPSM mengalu-alukan kedatangan Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Buku Teks bagi Lawatan Penandarasan
Selamat datang kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Buku Teks dari kami Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) Negeri Melaka. Seramai 40 ahli yang menyertai lawatan ini. Di harap anda semua gembira dan berpuas hati di atas lawatan dan layanan kami disini. Segala kekurangan harap dimaafkan. Diharap juga lawatan anda ke sini dapat memberi manfaat dan pencetus idea kepada anda dan kami semua. Bersama-sama kita memperbaiki segala kekurangan yang ada.
Subscribe to:
Posts (Atom)